VISION & MISSION
VISI
Menjadi NGO keusahawanan berasaskan pengetahuan dengan melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran tinggi dan beretika mulia bagi menghadapi persekitaran yang mencabar untuk mewujudkan masyarakat yang bercirikan keusahawanan (entrepreneurial society) dalam semua sektor pekerjaan di samping mendukung dasar negara untuk membangunkan modal insan.
MISI
Melahir dan membangun individu yang bertaraf dunia melalui pemupukan sikap mulia yang mampu menguasai bidang pengurusan dan teknikal melalui program-program pendidikan dan latihan keusahawanan, menjadi pusat rujukan keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan, memberi khidmat nasihat dan perundingan serta membentuk jaringan perkongsian pintar (smart partnership) bagi melahirkan individu berdaya saing, mampan dan mampu mencipta kekayaan yang dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Melatih dan membangun individu yang mempunyai pengetahuan, keterampilan, kemahiran, beretika serta berdaya maju dan berupaya menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara;
Menyediakan prasarana penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memberi fokus kepada pasaran pintar (market intelligence) dan pembinaan keupayaan IKS (capability building SME);
Menggalakkan pengajian sepanjang hayat (life long learning) dalam bidang keusahawanan menerusi aktiviti pendidikan, latihan, pembangunan enterprise dan jaringan perniagaan;
Meningkatkan kompetensi individu untuk membolehkan mereka lebih efisyen melaksanakan tugas dalam kerjaya masing-masing;
Menyediakan khidmat nasihat, bimbingan dan perundingan perniagaan;
Membangunkan sistem pengurusan maklumat SME supaya dapat menyokong pembuatan keputusan yang lebih efektif;